26.2.07

008. Bicara Ilmu 1





Syabas kepada pelajar-pelajar yang telah membuat pembentangan projek lisan mereka. Cikgu berharap pelajar yang lain boleh mengambil iktibar daripada pembentangan mereka dan menghasilkan sesuatu yang sebaik atau lebih baik daripada mereka.

Kumpulan-kumpulan yang telah membentangkan projek lisan dikehendaki membuat renungan kekuatan dan kelemahan persembahan mereka supaya dapat membantu mempertingkatkan lagi kemahiran lisan masing-masing. Renungan anda akan diambil kira dalam penilaian keseluruhan. Sila taipkan renungan anda di bahagian pendapat.

Kumpulan 1: Ridzuan (Tabiat Merokok Membawa Padah)
Kumpulan 2: Suliana & Amira (Tabiat Merokok Membawa Padah)
Kumpulan 3: Rasyiqah & Farahin (Bencana Alam)

21.2.07

007. Bicara Ilmu: Jadual Pembentangan



Cikgu pasti pelajar-pelajar sudahpun bersedia untuk membentangkan projek lisan mereka. Berikut merupakan jadual pembentangan kumpulan-kumpulan kamu:

26 Feb 2007, Isnin
  1. Azli, Ridzwan & Ibrahim: Tabiat Merokok Membawa Padah
  2. Amira & Suliana: Tabiat Merokok Membawa Padah
  3. Rasyiqah & Farahin: Bencana Alam
  4. Eira & Norlin: Tabiat Merokok Membawa Padah
  5. Ridzuan: Tabiat Merokok Membawa Padah
  6. Nazmi: Bencana Alam

28 Feb 2007, Rabu

  1. Khairunnisa & Rubiah: Tabiat Merokok Membawa Padah
  2. Shakinah & Khalidah: Kebaikan & Keburukan Menggunakan Internet
  3. Hakam & Arif: Bencana Alam
  4. Sollahein: Tabiat Merokok Membawa Padah
  5. Asyraf, Khair & Amirul: Bencana Alam
  6. Aziz & Saifullah: Tabiat Merokok Membawa Padah

29 Feb 2007, Khamis

  1. Nurul Ain & Nur Hazwani: Bencana Alam
  2. Yaseen & Youssof: Tabiat Merokok Membawa Padah

1.2.07

006. Tugasan: Sayangi Orang Tua Kita







Hari ini, saya dan Cikgu Siti menggabungkan kelas kami untuk menjalankan sesi pembelajaran bersama.





Kami menayangkan video klip berikut.
http://www.bolt.com/zill/video/Sayangi_Orang_Tua_Kita/2470286

Sambil menonton, pelajar diajak memikirkan perkara-perkara berikut:
  1. Apakah mesej yang ingin disampaikan oleh pencerita?
  2. Apakah perasaan kamu dan mengapa?
  3. Apa tindakan kamu selepas menonton klip tersebut?

Sesi Pembelajaran:

  1. Pelajar diarah membuat renungan dan menuliskan pendapat-pendapat mereka setelah menonton video klip.
  2. Beberapa pelajar dipilih untuk berkongsi pendapat dan perasaan mereka.
  3. Kemudian, pelajar-pelajar diarah sekali lagi untuk mengemaskan pendapat mereka sebelum menghantarnya kepada guru.
  4. Pendapat-pendapat tersebut akan dimuatnaikkan kemudian.

25.1.07

005. Tugasan Kumpulan: Projek Lisan

Selamat sejahtera pelajar budiman,
Seperti yang telah saya sampaikan tempoh hari, kamu dikehendaki membuat perkara berikut:

  1. Tajuk Lisan
  2. Mengapa kamu memilih tajuk lisan itu?
  3. Bagaimana kamu akan membentangkan projek kamu?
  4. Apakah skop pembentangan lisan kamu?
  5. Apakah cabaran-cabaran yang mungkin dihadapi semasa membuat persediaan?
  6. Klik pada bahagian "pendapat" untuk memberikan maklum balas yang saya perlukan.

Anda boleh melihat contoh yang diberikan oleh pelajar-pelajar menengah 5NA saya di www.luahanmindakritis.blogspot.com.

Anda hanya diberikan tempoh seminggu untuk melaksanakan tugas ini. Anda masih boleh membuat perubahan pada tajuk lisan sebelum tarikh penyampaiannya tetapi harus memberitahu cikgu dahulu. Pastikan anda menulis nama ahli kumpulan yang lain juga sebelum menghantarkan maklum balas.

Saya akan memberikan jadual pembentangan lisan di akhir minggu ini. Cikgu berharap pelajar akan melaksanakannya dengan baik.

20.1.07

004. Tugasan Kelas: Kerja Kemasyarakatan

Cikgu berharap kamu sudah melaksanakan tugas yang diberi semalam. Kini, tibalah masanya untuk mempersembahkan hasil refleksi yang dibuat di rumah. Sebagai rujukan, berikut merupakan soalan-soalan refleksi yang telah saya berikan:
  1. Pernahkah kamu membuat kerja kemasyarakatan?
  2. Apakah jenis kerja kemasyarakatan yang kamu lakukan?
  3. Terangkan serba sedikit tentang kerja kemasyarakatan itu.
  4. Apakah matlamat kerja kemasyarakatan itu dan adakah ia dicapai?
  5. Apakah pengajaran yang kamu perolehi daripada kerja itu?

Selepas membincangkan soalan-soalan ini, kita akan melungsuri internet untuk mendapatkan maklumat tentang kerja-kerja kemasyarakatan yang boleh dilakukan di Singapura.


Kamu boleh melungsuri lelaman berikut apabila diarahkan oleh saya nanti:
http://www.nyc.pa.gov.sg/
http://www1.nvpc.org.sg/