Seperti yang telah saya sampaikan tempoh hari, kamu dikehendaki membuat perkara berikut:
- Tajuk Lisan
- Mengapa kamu memilih tajuk lisan itu?
- Bagaimana kamu akan membentangkan projek kamu?
- Apakah skop pembentangan lisan kamu?
- Apakah cabaran-cabaran yang mungkin dihadapi semasa membuat persediaan?
- Klik pada bahagian "pendapat" untuk memberikan maklum balas yang saya perlukan.
Anda boleh melihat contoh yang diberikan oleh pelajar-pelajar menengah 5NA saya di www.luahanmindakritis.blogspot.com.
Anda hanya diberikan tempoh seminggu untuk melaksanakan tugas ini. Anda masih boleh membuat perubahan pada tajuk lisan sebelum tarikh penyampaiannya tetapi harus memberitahu cikgu dahulu. Pastikan anda menulis nama ahli kumpulan yang lain juga sebelum menghantarkan maklum balas.
Saya akan memberikan jadual pembentangan lisan di akhir minggu ini. Cikgu berharap pelajar akan melaksanakannya dengan baik.