- Pernahkah kamu membuat kerja kemasyarakatan?
- Apakah jenis kerja kemasyarakatan yang kamu lakukan?
- Terangkan serba sedikit tentang kerja kemasyarakatan itu.
- Apakah matlamat kerja kemasyarakatan itu dan adakah ia dicapai?
- Apakah pengajaran yang kamu perolehi daripada kerja itu?
Selepas membincangkan soalan-soalan ini, kita akan melungsuri internet untuk mendapatkan maklumat tentang kerja-kerja kemasyarakatan yang boleh dilakukan di Singapura.
Kamu boleh melungsuri lelaman berikut apabila diarahkan oleh saya nanti:
http://www.nyc.pa.gov.sg/
http://www1.nvpc.org.sg/
26 comments:
Saya pernah membuat kerja kemasyarakatan di sekolah saya ini. Kerja yang saya buat ialah mencuci toilet. Kerja kemasyarakatan yang saya buat itu sungguh susah dan memenatkan tetapi saya berpuas hati.
Saya membuat kerja tersebut kerana saya suka membantu orang dan saya membuat kerja tersebut dengan ikhlas.
Pengajaran yang saya perolehi daripada kerja kemasyarakan ini ialah saya boleh rasakan bagaimana susahnya ibu bapa kita di rumah membuat kerja-kerja seperti itu. Itu saja komen saya.
18/1/07 11:27
Saya pernah membuat kerja kemasyarakatan. Jenis-jenis kerja yg saya pernah lakukan adalah mencuci tandas, mengutip sampah, menolong orang-orang tua yg kurang bernasib baik di rumah kebajikan.
Kami menghiburkan orang-orang tua di rumah kebajikan itu seperti menyanyi, menari dan membuat sketsa pendek.
Matlamat kerja kemasyarakatan itu adalah untuk menolong orang-orang tua yg kurang bernasib baik dan memberikan kasih sayang kami kepada mereka.
Pengajaran yang saya perolehi daripada kerja kemasyarakatan adalah jangan mengabaikan ibu bapa kami. Mereka menjaga kami semasa kecil hingga ke dewasa. Bila sudah dewasa, itulah masanya untuk menjaga mereka pula. Saya pun pelajari yang kami sepatut menjaga kebersihan dan kecantikan negara kami.
Ibrahim (2N3)
18/1/07 11:29
Saya Aziz, dari kelas 2n3.
Saya pernah membuat kerja kemasyarakatan. Saya pernah mengangkat sampah. Di bawah blok saya ada banyak sampah. Saya hari-hari berjalan di situ lalu mengangkat sampah itu. Saya membuat kerja ini tanpa disuruh orang. Saya membersihkan blok saya kerana saya mahu blok saya bersih.
Saya belajar untuk membersihkah blok saya dan menjaga kecantikan dan kebersihan.
TAMAT. TERIMA KASIH.
18/1/07 11:29
Walaupun saya tidak pernah membuat kerja kemasyarakatan, saya tahu apakah jenis-jenis kerja kemasyarakatan. Salah satu kerja kemasyarakatan ialah pergi membantu orang-orang tua di rumah orang-orang tua 'Darul Makwa'.
Saya boleh membersihkan tempat itu, menukar cadar-cadar tilam mereka dan juga menghiburkan orang-orang tua disana.
Matlamat kerja tersebut adakah membahagiakan mereka di sana dan juga monolong mereka. Saya dapat perolehi bahawa jangan mengabaikan orang-orang tua di rumah itu.
18/1/07 11:30
Saya pernah melakukan kerja kemasyarakatan. Kerja kemasyarakatan saya ialah saya mengutip sampah di luar sekolah rendah saya iaitu "Tembusu Park".
Saya melakukannya semasa saya di sekolah rendah, darjah 5. Kerja ini melibatkan satu kelas darjah bahasa melayu. Saya melakukannya setiap hari Rabu waktu bahasa melayu saya. Kita disuruh mengutip sampah di taman itu. Kita harus melakukan selama setengah jam.
Saya dan rakan-rakan saya amat malu dan malas pada permulaanya kerana ramai orang memerhatikan kami mengutip sampah tetapi ia amat seronok.
Matlamat kami ialah,untuk membersihkan taman itu.
Pelajaran yang saya pelajari ialah, kalau kami malas atau tidak mahu mengutip samaph di taman, kita perlu pasti bahawa kita menjaga taman itu dan membuang sampah pada tempat yang betul.
Nurhazwani(2n3)
18/1/07 11:30
Saya pernah membuat kerja kemasyarakatan. Saya menolong R.C (Resident Comitee Centre)untuk menyiap persiapan konsert.
Saya boleh menghiaskan konsert itu dengan gambar-gambar yang menarik dan belon-belon. Saya telah membahagiakan penduduk-penduduk di estet perumahan gembira dan konsert itu lebih meriah.
Saya dapat belajar bahawa untuk membantu satu sama lain tanpa dipanggil atau disuruh.
18/1/07 11:30
Saya pernah melakukan kerja kemasyarakatan bersama rakan-rakan saya dahulu semasa berada di sekolah rendah.
Kerja kemasyarakatan yang pernah saya lakukan ialah mengutip sampah di 'cycle motor test' di taman itu. Kami mengutip sampah setelah habis 'cycle motor test' itu dan hanya segelintir budak sahaja dipilih untuk menguntip sampah-sarap itu iaitu, saya dan ada juga kawan-kawan saya yang lain.
Matlamat kerja kemasyarakatan itu ialah untuk menjaga kebersihan awam dan tanggungjawab kami terhadap orang lain untuk menjaga kebersihan awam juga.
Pengajaran yang saya perolehi daripada kerja kemasyarakatan itu ialah jangan membuang sampah sembarangan di mana-mana pun untuk kebersihan awam. Jika kami membuang sampah sembarangan,kami aku merosakkan tempat awam itu dan ramai orang tidak akan ke tempat itu lagi.
18/1/07 11:30
Saya pernah membuat kerja kemasyarakatan bila berada di sekolah rendah dahulu. Saya dan rakan-rakan sekolah dahulu mengutip sampah-sarap di 'cycle motor test' di dalam taman itu.
Kami mengutip sampah setelah habis 'cycle motor test ' itu dan hanya segelintir budak sahaja dapat dipilih untuk mengutip sampah-sarap itu.
Matlamat kerja kemasyarakatan itu ialah untuk menjaga kebersihan awam dan tanggungjawab manusia terhadap orang lain untuk menjaga kebersihan awam atau dimana-mana sahaja mereka berada.
Pelajaran saya ialah untuk menasihati orang lain supaya jangan membuang sampah sembarangan walaupun itu hanya barang kecil untuk menjaga kebersihan awam dan dunia ini. Saya berharap bahawa orang ramai akan menjaga kebersihan walaupun berada dimana-mana.
18/1/07 11:30
Komen kamu serupa dengan Shakirah. Mengapa?
Cikgu Faizal
Saya tulis pendapat saya.
Saya pernah membuat kerja pabila saya darjah enam dan menengah satu.
Saya dan kelas sedarjah saya harus mencuci tandas dan membersihkan pantai East Cost dan Pantai Changi.
Saya dan kelas darjah saya harus membersihkan pantai untuk para pengunjung yang datang untuk menenangkan fikiran mereka.
Pengajaran saya dan kelas darjah ialah jangan mengotorkan pantai kerana mungkin kami tidak ingin singapura menjadi bersihdan saya juga belajar dan saya juga belajar tidak akan mengotorkan tandas kerana mungkin orang lain juga mahu mengunakan tandas itu.
18/1/07 11:30
Ya. Saya pernah melakukan sebuah kerja kemasyarakatan. Jenis kerja kemasyarakatan yang saya lakukan adalah menolong seorang makcik menyapu sampah-sarap yang banyak di sebuah blok.
Bagi saya, kerja itu amat susah walaupun ada orang yang menolong saya. Bagi saya kerja itu amat susah dan penat sekali.
Matlamat yang saya dapati daripada membuat kerja kemasyarakatan itu adalah supaya kita tahu akan apa ertinya membuat kerja kemasyarakatan.
Pengajaran yang saya perolehi daripada kerja kemasyarakatan itu adalah jangan membuang sampah di sembarang tempat.
18/1/07 11:30
Ya. Saya pernah membuat kerja kemasyarakatan. Kerja kemasyarakatan yg saya buat ialah menolong seorang mak cik membersihkan blok. Saya ternampak bahawa blok itu kotor dan saya pun mengambil penyapu dan menyapu blok itu hingga bersih.
Matlamat saya ialah mahu menolong dan supaya orang lain boleh duduk di sana.
Pengajaran yg saya perolehi ialah supaya tidak membuag sampah sembarangan dan sentiasa menolong orang yg lebih tua.
18/1/07 11:30
Ya. Saya pernah menbuat kerja kemasyarakatan.
Jenis kerja kemasyarakatan yang pernah saya lakukan ialah menolong orang-orang tua untuk mengangkat barang-barang yang telah dibeli oleh mereka.
Saya menolong orang tua itu bersama kawan saya. Saya menolongnya sesudah habis sekolah. Apabila saya ternampaknya dalam keadaan susah dan perlukan bantuan.
Supaya kita tahu apa ertinya kerja kemasyarakatan itu pada diri kita.
kita tidak boleh mementingkan diri sendiri dan harus memikirkan tentang orang-orang yang lain.
18/1/07 11:30
Ya, saya pernah membuat kerja kemasyarakatan di rumah tumpangan orang tua. Kerja kemasyarakatan yang perna saya lakukan ialah menolong golongan tua di Bukit Batok Home for the Aged.
Saya dan rakan-rakan saya menghiburkan orang-orang tua di Bukit Batok Home for the Aged seperti bernyanyi, menari dan berjenaka bersama mereka. Matlamat kerja kemasyarakatan itu adalah untuk menolong orang-orang yang tidak bernasib baik. Tidak semua orang kehidupannya sempurna.
Jangan mengabaikan ibu dan bapa mereka sehingga kita semasa kecil dan apabila sudah dewasa, saya pulak yang akan menjaga ibu dan bapa saya. Itu saja komen saya.
18/1/07 11:30
Ya, saya pernah membuat kerja kemasyarakatan.
Kerja kemasyarakatan yang saya pernah lakukan ialah cuci tandas di sekolah, kutip sampah di taman west coast dan melawat rumah orang tua.Saya suka membuat kerja seperti ingin kerana ia membahagiakan saya.
Kerja kemasyarakatan itu ialah menolong kita dengan sesuatu seperti jaga kebersihat negara.
Bertujuan untuk memperkembangkan kemahiran kerja kemasyarakatan,di samping mendorong usaha generasi agar dapat memajukan masyarakat.
Saya dapat perolehi bahawa baik bagi masyarakat kita.
18/1/07 11:31
Ya,saya pernah membuat kerja kemasyarakatan. Jenis kerja kemasyarakatan yang saya lakukan adalah di sekolah. Kerja kemasyarakatan itu adalah mencuci seluruh sekolah seperti, membersihkan tandas, menyapu bilik darjah, mengutip sampah di kantin sekolah dah pelbagai-pelbagai lagi.
Sambil kita membuat kerja tersebut, kami dibenarkan untuk berbual dan juga membeli makanan apabila kita sudah selesai semua tugasan yang diarahkan.
Matlamat kerja kemasyarakatan adalah supaya menjaga kebersihan diri sendiri dan juga di tempat-tempat yang lain.
Pengajaran yang saya peroleh daripada kerja kemasyarakatan adalah selalu membuat kerja sukarela apabila kami ada masa lapang. Itu saja komen yang saya mahu katakan.
18/1/07 11:31
1.Ya, saya pernah membuat kerja kemasyarakatan.
2.Kerja kemasyarakatan yang pernah saya lakukan ialah mengutip sampah-sarap, yang bersepah.
3.Pada masa yang lapang, guru saya membawa kami sekelas untuk membuat kerja tesebut. Saya dapat mengutip, kertas tisu, botol dan banyak lagi barang-barang yang bersepah. Kami dapat membuatnya dalam masa lima belas minit sahaja, masanya begitu singkat sekali kerana guru kami ingin melihat bertapa cekapnya kami membuat kerja.
4.Matlamat kerja kemasyarakatan itu adalah untuk membantu menjaga kebersihan alam sekitar di sekeliling kita.
5.Pengajaran yang saya perolehi daripada kerja kemasyarakatan bertapa penting dan penatnya pembersih-pembersih membuat kerja tersebut.
18/1/07 11:31
1. Saya pernah membuat kerja kemasyarakatan di sekolah.
2. Jenis kerja kemasyarakatan yang pernah saya lakukan ialah mengutip sampah-sarap yang boleh digunakan kembali.
3. Selepas sekolah berakhir, kami satu kelas harus masuk satu per satu kelas untuk mengumpulkan sampah-sampah yang mereka telah kumpulkan selama 2 minggu. Sampah-sampah yang kami harus mengutipnya ialah, tin-tin, botol dan suratkhabar. Selepas mengumpulnya, kami membawanya ke satu tempat dan mengikatinya. Saya melakukan ini apabila permulaan tahun 2005. Kami membuatnya hanya untuk dua jam.
4. Kita melakukan kerja kemasyarakatan seperti gini ialah untuk perbersih yang setiap hari mengumpulkan sampah-sarap ini untuk kami dan untuk alam sekitar.
5. Kita seharusnya menolong pembersih-pembersih itu mengutip sampah yang berkeliaran walaupun guru kami ataupun sesiapa tidak menyuruh kami.
18/1/07 11:31
Saya pernah membuat kerja kemasyarakatan.
Iaitu saya melakukannya di sekoah menengah Hong Kah.Saya menolong mencuci tandas di sekolah dan ianya bukan saya seorang tetapi dengan rakan saya.
Mengenai kerja kemasyarakatan itu saya menolong mencuci tandas dengan ikhlas dan secara guru menyuruh kami memilih antara cuci tandas dan membersihkan bilik darjah.Tetapi saya dengan ikhlas dan secara sukarela menolong cuci tandas.
Matlamat saya tentang kerja kemasyarakatan itu ialah untuk membersihkan tandas jika sudah menggunakannya.
Penggajaran yang saya perolehi ialah supaya saling bantu-membantu orang yang bersusah-payah membersihkan kawasan.
18/1/07 11:31
Ya,saya pernah membuat kerja ke masyakarakatan seperti menderma wang yang sebanyak mana saya mampu untuk menolong anak-anak yatim, rumah tumpangan orang tua dan masjid-masjid yang perlu pertolongan saya.
Saya juga pernah menolong guru saya mencuci tandas, mencuci bilik darjah dan juga mengutip sampah di kantin sekolah.Saya juga pernah mengangkat seorang nenek tua bangun ketika dia terjatuh di kolong blok berdekatan dengan rumah saya.Saya berasa bangga kerana dapat menolong mereka yang kurang bernasib baik.
18/1/07 11:32
Ya, saya pernah membuat kerja kemasyarakatan.Kerja kemasyrakatan yang pernah saya lakukan ialah menolong golongan orang tua di Bukit Batok Home for the Aged.
Kami menghiburkan orang-orang tua di rumah Bukit Batok Home for the Aged seperti menyanyi,menari dan membuat sketsa pendek. Kami juga diajar bagaimana untuk bersabar dengan perangai orang-orang tua di sana.
Matlamat kerja kemasyarakatan itu adalah untuk menolong orang yang kurang bernasib baik dan bersyukur ke atas apa yang kami ada. Tidak semua orang hidupnya sempurna.Ianya juga untuk mempelajari erti kesabaran.
Jangan mengabaikan ibubapa kerana mereka menjaga kita semasa kecil dan apabila kami sudah dewasa,itu adalah masa untuk kita pula menjaga mereka dengan sepenuh hati,kasih dan sayang.
18/1/07 11:32
Saya pernah buat kerja kemasyarakatan. Tugas saya ialah membersihkan pantai di East Coast dan pergi ke rumah tumpangan orang tua.
Semasa di rumah tumpangan orang tua saya membaca buku dan beraktiviti bersama mereka.
Pelajaran pada kerja kemasyarakatan ialah harus membuat kerja dengan ikhlas,selain itu boleh dapat markah cip.
18/1/07 11:32
Saya pernah membuat kerja kemasyaratan bila saya di sekolah rendah dan salah satu yang saya pernah buat adalah, mencuci kolong blok.
Semua darjah enam mesti hadir untuk sesi ini,kerana kita mahu membaikkan nama sekolah kita. Satu kelas dikehendaki mencuci satu kolong blok. Kerja kemasyaratan itu sangat memenatkan.
18/1/07 11:32
Ya saya pernah ke rumah anak-anak yatim Darul Ma'war. Saya juga pernah ke rumah kebajikan orang tua 'Jamiyah Home'
Ianya dianjurkan oleh kelas madrasah saya. Kami ke sana untuk melihat bagaimana kehidupan orang-orangtua yang telah diabaikan.
Kami juga menghiburkan orang-orang tua di rumah kebajikan itu. Antaranya adalah menyanyi, menari dan membuat sketsa pendek.
Kami juga dilatih bagaimana untuk bersabar dengan perangai sesetengah orang-orang tua di sana.
Pada saya, matlamat kerja kemasyarakatan itu adalah untuk menolong orang yang kurang bernasib baik, dan kita juga harus bersyukur ke atasapa-apa yang kami ada. Tidak semua orang bernasib baik. Ianya juga uuntuk mempelajari erti kesusahan.
Pengajaran yang dapat saya perolehi adalah jangan mengabaikan ibu-bapa kami. Apabila dewasa kami harus menjaga mereka bagaimana mereka menjaga kami dahulu.
18/1/07 11:32
Ya,saya pernah membuat kerja kemasyrakatan. Kerja kemasyarakatan yang saya lakukan ialah monolong orang-orang yang kurang bernasib baik. Saya monolong mereka mencuci baju mereka, tolong mengecat dinding rumah mereka. Saya dan kawan-kawan saya pun menyanyi kan mereka lagu-lagu melayu terkini.
Matlamat saya ialah untuk membuat orang-orang yang tidak bernasib baik bahagia supaya mereka tahu yang kita mengambil berat tentang orang-orang yang kurang bernasib baik. Kalau saya mempuyai masa kosong saya ingin menolong mereka dengan membersihkan rumah mereka.
Saya memepelajari bahawa mereka juga ada perasaan dan kita tidak boleh memandang rendah pada orang-orang sebegini. Kita harus membuat mereka seperti manusia biasa. Saya harap anda akan menolong orang-orang yang kurang bernasib baik.
Muhd Asyraf (2n3)
18/1/07 11:34
Saya pernah membuat kerja kemasyarakatan. Kerja yang saya lakukan ialah mencuci tandas dan mengutip sampah di pantai East Coast bersama rakan sekolah saya ketika saya darjah enam.
Sebelum kami mencuci dan mengutip
sampah, kami perlu mengambil barang yang diperlukan seperti beg plastik,penyapu dan lain-lain lagi.
Setelah selesai mengutip sampah, saya berasa penat tetapi gembira kerana mendapat 'CIP' points.
18/1/07 11:34
Ya, jenis kerja kemasyarakatan yang saya lakukan ialah cuci tandas sekolah, memungut sampah dan macam-macam lagi.
Kerja kemasyarakatan ini dianjurkan oleh sekolah saya.
Kerja kemasyarakatan ini melibatkan saya dan rakan sedarjah saya untuk menolong pembersih sekolah mencantikkan kawasan sekolah.
Pengajaran yang saya perolehi ialah jangan membuang sampah sembarangan.
18/1/07 11:34
Post a Comment