Hari ini, saya dan Cikgu Siti menggabungkan kelas kami untuk menjalankan sesi pembelajaran bersama.
Kami menayangkan video klip berikut.
http://www.bolt.com/zill/video/Sayangi_Orang_Tua_Kita/2470286
Sambil menonton, pelajar diajak memikirkan perkara-perkara berikut:
- Apakah mesej yang ingin disampaikan oleh pencerita?
- Apakah perasaan kamu dan mengapa?
- Apa tindakan kamu selepas menonton klip tersebut?
Sesi Pembelajaran:
- Pelajar diarah membuat renungan dan menuliskan pendapat-pendapat mereka setelah menonton video klip.
- Beberapa pelajar dipilih untuk berkongsi pendapat dan perasaan mereka.
- Kemudian, pelajar-pelajar diarah sekali lagi untuk mengemaskan pendapat mereka sebelum menghantarnya kepada guru.
- Pendapat-pendapat tersebut akan dimuatnaikkan kemudian.
8 comments:
Berikut merupakan maklum balas yang diberikan pelajar selepas menonton klip video yang dimainkan tempoh hari.
Cikgu hanya memilih beberapa sahaja buat tatapan umum. Semoga pembaca akan dapat memanfaatkan maklum balas yang diberikan.
Kita harus menyayangi orang tua kita kerana satu hari nanti kita akan menjadi seperti mereka.
Setelah menonton klip video itu, apa yang terdaya oleh saya ialah mendengar arahan ibu dan bapa saya kerana kami akan menjadi seperti mereka satu hari nanti.
Mesej yang saya dapati daripada klip itu ialah jangan membuat benda-benda yang tidak elok terhadap ibu bapa kerana nanti bila sudah berumur, anak-anak pula akan mengulangi perkara yang sama terhadap kita.
Perasaan saya sedih dan tersentuh melihat keadaan orang tua itu dan marah terhadap menantunya yang kurang ajar.
Saya tidak akan melakukan perkara yang sama terhadap ibu bapa saya apabila dewasa nanti. Saya juga akan menasihatkan sahabat saya jika mereka membuat perkara yang sama supaya mereka berubah.
Mesej yang ingin disampaikan ialah sayangi orang tua kita dan supaya jangan biadap dengan ibu bapa.
Saya berasa amat sedih dan juga kasihan terhadap pak cik itu. Saya juga berasa marah terhadap menantu yang biadap itu.
Saya tidak akan biadap terhadap ibu bapa dan saya akan menjaga mereka dengan baik bila sudah dewasa nanti.
Perasaan saya tersentuh, sedih, marah dan kasihan terhadap pak cik tua itu kerana dia tidak mendapat kasih sayang anaknya dan mendapat menantu yang biadap dan tidak menghormatinya.
Saya akan menjaga ibu bapa saya, saya akan menghormati mereka dan mengajar anak-anak saya menghormati orang tua.
Saya mesti menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak supaya mereka tidak akan membuat begitu dan biadap terhadap kami atau orang tua. Jika kita membuat begitu kepada ibu bapa, anak-anak kami pula akan membuat perkara sama kepada kita.
Mesej yang ingin disampaikan ialah sayangi orang tua kita selagu mereka ada lagi di dunia ini.
Saya rasa amat marah terhadap menantu orang tua itu dan berpendapat ini mungkin kerana kurang didikan dan ajaran yang sempurna.
Saya akan cuba untuk menyayangi orang tua saya dan hormat mereka selagi mereka ada.
Mesej yang ingin disampaikan ialah jangan mengetepikan orang tua kami. Kami harus menjaga mereka apabila mereka sakait kerana mereka telah menjaga kami semasa kecil. Kita tidak patut mengabaikan orang tua kita.
Saya rasa sedih dan pilu kerana menantunya sanggup mengasingkan meja makan mereka dan menyuruh bapa mertuanya untuk makan di luar.
Saya akan menghormati orang tua saya dan menjaga mereka kerana itu sudah menjadi tanggung jawab saya apabila dewasa nanti.
Saya terperanjat dengan tindakan mereka kerana mereka tidak seharusnya mengeluarkan meja baru untuk kegunaan orang tua itu di luar sedangkan orang tua sebahagian daripada keluarga kita.
Saya akan menjaga orang tua saya sampai dia mati.
Post a Comment